Dalam lurah pekung dunia
Mahu menggapai secebis dua harapan hati
Tapi diri bercelaru dengan nafsu
Rindukan aku dalam amal para sufi
Agak aku dapat jadi sang pencari
Bawalah aku berlari ke syurga
Bukan mahu nikmat dunia semata
Aku punya pohon cinta
Tapi ia rapuh dengan gelora nafsu yang penipu
Aku insan yang bukan angkuh diri
Tapi hanya mencari diri
Bila ranting cinta yang berputik
Biarlah disuntik dengan Takwa Ilahi
Agar dapat menjaga diri
Untuk menjauhkan syaitan di hati
Agar aku jua dapat berlari ke syurga
Walaupun jatuh
Walaupun tersandong
Walaupun duka
Walaupun senyum
Tetap rindukan Janji Tuhan
Mari sahabat,teman,kawan
Marilah berlari ke syurga
Tweet kan nya !