Jul 30, 2009

Catatan pada Aku dan Semua...

Aku ambil pada yg kisah pd kita.........



Kalimah cinta seringkali diucapkan dan seringkali juga cinta menjadi sesuatu yang pedih jijik dan mengecewakan. Kecewa bercinta atau cinta monyet dan sebagainya sudah tidak asing lagi dikalangan remaja. Ramai yang telah menderita kerana cinta. Lihatlah nisan percintaan yang telah terukir nama Romeo dan Juliet, Uda dan Dara, Anthony dan Cleopatra.

Faktor utama bercinta di usia remaja tidak digalakkan ialah dibimbangi terjadinya zina (mata dan hati) dan tidak mustahil juga zina sebenar, kemudian menjadi faktor susahnya untuk khusyuk dalam solat. Cinta remaja yang belum diikat dengan ikatan yang sah bukan sekadar membawa kepada zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang mengganggu jiwa sebab cinta ini bersalutkan hawa nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Bagaimana mahu khusyuk dalam solat jika dirinya diselaputi bisikan IBLIS dan godaan SYAITAN?.

Jika anak muda jatuh cinta mereka mesti mempastikan apakah cintanya itu adalah kerana Allah atau nafsu. Jika cintanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk dalam ibadahnya. Tetapi jika cintanya semakin menambahkan maksiat, bermakna cintanya didorong oleh nafsu. Jadi, para remaja janganlah kotorkan hatimu dengan cinta nafsu kerana remaja fitrah jiwanya lebih suci.

Cinta datang tanpa dipinta,oleh itu bagi yang jatuh cinta amalkan doa ini:

“ Ya Allah kurniakan aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan jadikanlah cinta itu yang didambakan.”

Kedua, tunaikanlah solat istikharah.” Ya Allah, saya suka orang ini, kalau dia betul- betul pilihan yang tepat untuk saya didunia dan akhirat, pertemukanlah kami. Jadikanlah dia pasangan saya. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah.”.Pohonlah dengan hati yang benar-benar ikhlas dan benar-benar mengharapkan petunjukNya. Semoga apa jua natijah yang kita perolehi adalah natijah yang diredhai Allah.

Oleh itu, jika anda cintakan seseorang, mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita dan orang yang kita cinta. Oleh sebab orang yang kita cinta itu adalah makhluk Allah, maka Allah lah sahaja yang berhak menjadikan seseorang itu cenderung atau tidak kepada diri kita. Kesilapan remaja besar di zaman ini ialah berhubung dan merayu secara terus kepada empunya diri yang dicintai. Maka terdedahlah ia kepada jurang kekecewaan yang mendalam. Pertama, mungkin kerana cintanya ditolak atau kedua mungkin kerana nilai-nilai yang diharap terdapat pada diri orang yang disukai itu sebenarnya tidak wujud dan hanyalah lakonan semata-mata.

Andai dipohon dan diminta kepada Allah agar menentukan jodoh yang terbaik buat dirinya pastilah seseorang itu tidak akan terdedah kepada kekecewaan. Ini kerana, telah Allah janjikan di dalam Al Quran bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Tetapi andai terjadi sebaliknya, hati yang telah sedia redha dan bergantung kepada Allah itu akan mampu bersabar terhadap ujian yang Allah datangkan kepadanya. Hati kecilnya sedar dan tahu, ujian itu hanyalah sementara, yang datang dan pergi untuk menguji keimanan dan kasihnya kepada Allah, dan dia juga sedar, andai dia bersabar pasti syurgalah tempatnya di akhirat kelak.Amiin.



Marzuky Yusuf......Tweet kan nya !

7 comments:

  1. sesungguhnya persahabatan itu lebih indah dari percintaan...

    salam ukhuwah temanku..

    ReplyDelete
  2. "Menurutku,
    cinta adalah kekuatan
    yang mampu
    mengubah duri jadi mawar,
    mengubah cuka jadi anggur,
    mengubah malang jadi untung,
    mengubah sedih jadi riang,
    mengubah setan jadi nabi,
    mengubah iblis jadi malaikat,
    mengubah sakit jadi sehat,
    mengubah kikir jadi dermawan
    mengubah kandang jadi taman
    mengubah penjara jadi istana
    mengubah amarah jadi ramah
    mengubah musibah jadi muhibah
    itulah cinta!

    ReplyDelete
  3. Cinta dlu ALLAH
    ..br kita tahu cinta manusia....

    ReplyDelete
  4. salam saudara pengarang..
    benarkah cinta islamic itu wujud dlm era ini?
    dan apakah maksud yg trsirat dlm diri anda mengenai cinta islamic itu..

    ReplyDelete
  5. salam ntahapeapentah
    saudara/saudari....

    cinta merupakan fitrah manusia dan ia xdpt d'nafikan..setiap manusia inginkan cinta...t'utama remaja spt kita..perlukan cinta manusia..

    maaflah sy pun xpasti akan wujud ke x "cinta islamic"..kalau saudara/saudari ntahapeapentah bleh terangkan pd sy bgaimana "cinta islamic" tu?

    tp apa yg sy boleh katakan ..haruslah kita cinta pd ALLAH sblm mencintai manusia yg ingin kita cintai....
    iktlah bts2 Islam...

    jika kita Islam kita diwajibkan mengikut sunnah..dlm sunnah NABi..adakah NAbi bercinta ?
    anda pun tahu jwpnya bkn..
    malah Nabi galakan untk mencari Isteri yg baik di sisi Allah..utk dikahwini..

    so tepuk dada ,tanya Iman...

    ReplyDelete
  6. fulamak...
    dlm byk2 artkel, artkel nie yg plg best tau sesuai dgn para rmaja mcm kta ni..
    so teruskn "tarbiyah" anda ini pd para rmaja msa kini.. gud luck..

    ReplyDelete
  7. time Qaseh y0ur fren !!
    InsyaALLAH ..gud luck 2 u 2>>>

    ReplyDelete