Sep 24, 2010

Hati itu bukan milikku


Di sebuah sudut kaki lima terduduk lah seorang perempuan ,yakni bahasa sekarang adalah awek.Kelihatan beliau sungguh lah gusar ,kecewa seperti peguin yang tersesat di gurun Sahara.

Tangan beliau menumbuk beg tangan nya bertubi-tubi sambil di perhatikan orang awan yang lalu lalang,walaupun beliau malu dengan perbuatan itu tapi akibat ke’tension’an yang melampau tahap gaban meyebabkan sikap nya berubah seperti beruk berak kapor.Di samping itu mulut nya terkumat-kamit  meyumpah diri sendiri antara ayat-ayat beliau ialah

                 '' Kenapa aku tak dapat!’’

                '' Apa salah aku ,dier tak kesian kat aku ke?!’’

                '' Tak guna beto lah aku nie!! ‘’

 Itulah antara ayat yang membasahi bibir awek itu ,berulang-ulang kali beliau mengulangi ayat itu.Tanpa tidak semena muncul kawan beliau iaitu Ramli Sam Sam menegur secara drastic dan kontemporari .

                ‘’Eh ! Siti Zabedah buat apa anda di sini!’’ tegur Ramli Sam Sam sambil menguyah karipap.

 ''Humang aih! Main sergah je kau iye..takreti bagi salam ke ape ! ‘’ balas Siti Zabedah dengan agak tension.

 ''Hihi..Sori lah, Assalamualaikum! Cik Siti Zabedah anak Pak Sameon jual tong gas! buat apa disini sorang-sorang?’’  ucap Ramli Sam Sam  dengan penuh intektual nya.

  ''Wa-alai-kum-salam Encek Ramli Sam Sam anak Pak Leh Kerbau ! Aku sedih lah..apa yang aku  ingin tak dapat lah..sedih nya..hurmm..’’ terang Siti Zabedah dengan nada hiba .

   '' Ish..ish kesian ..ape  yang kau nak sangat tue? cuba cerita kat aku’’ pelawa Ramli Sam Sam untuk menenangkan member beliau itu sambil itu beliau masih mengunyah karipap .

Maka Siti Zabedah pun membuka lah kisah nya ,kepada Ramli Sam Sam watak yang tiba-tiba muncul tadi.

 ‘’Hati yang aku nak sangat tue dapat lah Ramli Sam Sam,aku sedih lah..hurm mungkin Hati itu bukan miliku’’terang Siti Zabedah.(muzik latar ,winter sonata tetiba masok..haha..) 

   ‘’Ouh ,macam tue ke..berkenaan hati kau kena sabar,manusia memang berubah hati dier mana lah kau buleh miliki hati manusia nie sepenuhnya....’’ Ramli Sam Sam tetiba manjadi pakar    psikologi.


                ‘’Tapi ,hati itu...’’ celah Siti Zabedah memotong syarahan Ramli Sam Sam yang rancak itu.

 ''Tapi apa Siti?! Semua yang ke buat lepas nie akan jadi serba tak kena,jadi rilek lah Siti banyak lagi hati lelaki lain yang belum kau kenal.Mungkin hati itu akan kau miliki sebaik nya.Sabar lah Siti..’’ bicara Ramli Sam Sam seolah drama 13 episod.


Tiba-tiba Siti Zabedah bangun dari duduk nya ,sambil Ramli Sam Sam masih mengunyah karipap  dan masih memberi nasihat pada member nya itu.

                'Hoi !!Ramli Sam Sam time bila aku putus cinta nie hah? ''bentak Siti Zabedah .

 ''Ek eleh yang yang tadi kau cakap pasal tak dapat hati tue..hape? tak nak ngaku lak iya..aiseyy..’’ balas Ramli Sam Sam secara selamber cipan.

'' Memang lah tak dapat hati..Tapi hati lembu la dol! Mak aku nak buat lauk ,akak aku mengidam lah nak makan dier mengandung lah! yang kau merepek sampai putus cinta nie apehal hah!’’ terang Siti Zabedah memecah kemesterian itu.

Dengan penuh emosi dan malu Ramli Sam Sam terus menyepak seekor kucing yang tidak bersalah dan terus melakukan poco-poco depan tandas awam selama sejam. Tamat lah Sudah!!!...

Tweet kan nya !

2 comments: