Sep 1, 2010

Si Pelukis Cerita


Hanya akan jadi sebuah cerita selepas ini
Sebuah cerita yang akan jadi satu kenangan
Sebuah cerita yang akan jadi satu cerita pada teman-teman mu
Sebuah cerita yang akan jadi satu bahan ketawa
Sebuah cerita yang akan jadi satu iktibar
Sebuah cerita yang akan jadi suka dan duka

Cerita ini tiada tajuk nya
Cerita ini tidak ada pengakhiran nya
Yang pasti..
Cerita ini punya permulaan yang indah
Permulaan nya seperti puing-puing awan yang berarak mesra
Tp di tengah nya
Awan itu tercoret dek kerna angin beliung yang entah dari ufuk mana datangnya

Kalau kamu membaca cerita ini
Mendengar cerita ini
Mahupun melihat cerita ini
Maka berilah senyuman..kerna ini hanya sebuah cerita
Kerna cerita ini belum dilukis pengakhiran nya
Mungkin lukisan pengakhiran akan manjadi sangat indah
Atau.
Satu lukisan yang tragis dan sepi

Ini bukan kisah dongeng yang akhir nya sentiasa indah
Dogma cerita ini masih di gantungkan 
Moga..
Si Pelukis cerita akan melafaz lukisan cerita yang indah..


Hadis riwayat Abu Hurairah r.a,ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbahagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya


Tweet kan nya !

6 comments: