Jan 31, 2011

Kitalah Anjing Perindu Itu


Setiap malam seorang memohon menangis,
‘Ya Allah, Ya Allah!’

Bibirnya terasa manis dengan permohonan,
hingga seorang sinis datang dan berkata padanya:


“Selalu kudengar kau memanggil,
tapi pernahkah engkau menerima jawapan?”

Ia tak bisa menjawab.
Dia hentikan doanya dan tertidur dalam kebingungan.

Dalam mimpinya ia bertemu Khidir, Sang Penuntun Jiwa,
mendatanginya dengan naungan tebal kehijauan.


  ”Kenapa kau hentikan doamu?”

  ”Sebab aku tak pernah mendengar jawapan.”

  ”Rasa rindu yang kau jeritkan, ITU sebuah jawapan!”

Kerinduan yang kau jeritkan
akan menarikmu menuju penyatuan.


Sucinya kesedihanmu
yang menginginkan pertolongan
itulah cangkir rahsianya.

Dengarlah lengkingan rindu seekor anjing pada tuannya.
Lengkingan itulah yang menghubungkan mereka.

ada anjing-anjing yang perindu

walau tiada yang mengetahui nama mereka.


 dikongsi dr blog seorang yg hebat bg sy --> http://silakanterpesona.blogspot.com/



Tweet kan nya !

2 comments:

  1. Kenapa perlu Bold setiap mula perkataan tu? ada maksud pape ker?

    ReplyDelete