Jan 15, 2010

Kisah Lelaki itu,Lelaki ini, dan Perempuan itu.

Siang akan menemui malam,dan sebaliknya ,roda perubahan kehidupan sentiasa berputar dalam realiti sementara  ciptaan yang Maha Agung .Dalam dunia hasil anyaman manusia moden ini wujud  pelbagai paradigma yang terkadang membawa polemik dalam konti jiwa anak Adam.

Justeru itu dalam realiti ini yang dibuai dengan fantasi cinta ,wujudlah  sang Romeo  abad 21 yang ingin mendapatkan cinta agung dari si Juliet . Lelaki itu sanggup berkorban apa saja dengan perempuan itu yang dicintai nya ,pagi ke petang,petang ke senja dan senja ke gelita malam.Lelaki itu sentiasa ingin menunjukkan kasih sayang yang dikatakan melebihi apa-apa pun tapi dalam mencari cinta agung  yang tiada tolok banding nya mestilah ada rencah yang akan menguji mereka.

Maka timbul pula lelaki ini yang tidak pernah ada dalam dunia cinta manusia lelaki itu dan si perempuan itu, malah lelaki ini pula tidak sama sekali ingin menjadi coret masalah dalam dunia cinta lelaki itu dan perempuan itu.Mungkin lelaki ini seorang insan yang mudah ramah dengan sesiapa saja ,boleh diajak bersembang,boleh berkongsi cerita. Lelaki ini juga bukan manusia sempurna ,hanya hamba yang penuh dosa”Ya Allah ! ampunilah dosa lelaki ini”. Lelaki ini juga suka bercanda apabila mengenali seseorang,gurau canda dari seorang sahabat kepada seorang sahabat yang lain merupakan satu kemestian dalam berkawan.

Di ruang jaringan sosial lelaki ini bercanda memberi komen pada perempuan itu ,komen yang hanya mengandungi enam huruf yang disusun sempurna untuk mengukir secangkir senyuman apabila di baca.Perempuan itu kembali memberi respon sopan dengan meletakkan senyuman pada respon balasnya. Lelaki ini juga tersenyum kembali melihat reaksi dari canda nya kepada perempuan itu diterima baik.Tapi jangan lupa tentang lelaki itu yang sentiasa menjaga perempuan itu disetiap lingkup kehidupan nya.

Berang,marah,tidak puas hati, atau takut mungkin wujud dalam norma perasaan lelaki itu.Lelaki itu terus mengutus surat eletronik kepada lelaki ini.Lelaki ini yang membuka surat itu kehairanan ,bimbang dan terkejut memikirkan siapa gerangan perempuan yang dikatakan cuba diramas oleh nya.Lelaki ini membalas semula surat tersebut dengan mengisi kedalam surat itu dengan seribu kemusyikilan .

Akhirnya lelaki ini tahu siapa perempuan yang dimasukkan itu,lelaki ini cuba menjelaskan keadaan sebenarnya tentang perihal dia dengan perempuan itu tapi ego dalam diri lelaki itu terus menyelubungi ,terus melemparkan kata-kata kasar berbaur fitnah.Lelaki ini berasa serba salah memikirkan hal itu,adakah canda ku yang hanya ingin menghiburkan hati disalah erti kan .Kisah ini berhenti disini.

"Wahai Tuhanku,ampunlah bagiku dan bagi saudaraku,dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu kerana Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani dari segala yang lain yang mengasihani" Surah Al’raf (7:151)

Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment