Mar 26, 2010

Biar tersemat dan mengumtum sbg Kenangan yang Indah..

Dalam setiap satu perjalanan akan wujud satu kesefahaman ,keseronokkan dan keakraban yang amat indah yang memberi satu titik ungkapan yang bagai tiada noktah.

Nostalgia berada di Kelantan dengan sahabat-sahabat aku dalam satu program anjuran PRS sememang satu pengalaman yang cukup memberi erti ,Ya ! walaupun agak lama dan dah berlalu ,pada waktu itu aku masih belum punya ruang blog aku sendiri untuk mengambarkan coretan indah ini tapi sekarang sudah punya ruang ,biar aku kongsi detik indah itu supaya kemanisan kenangan itu berputik semula.


                   Antara lelaki yang macho..hehe..(saat tiba di PKB)

 Apabila sampai ke Politeknik Kota Bharu sambutan yang terbaik diberi kan ,semua diberi penginapan yang cukup terbaik dari pihak PKB.Besok nya berkerah pula ke acara yang Jom Masuk U ! anjuran pihak Uitm.Selepas puas menjamu mata dan menyalurkan info-info baru pada minda tiba masa untuk menjamu perut .Tajaan khas Uitm !..(Terima Kasih..)

                                     Berposing sebentar...

                  Ber'Picnic' di Uitm..sodap tue..hehe!!

Yang wajib(laksana kan progrm) dah habis tiba lah masa untuk yang Sunat(shoppin dan berjalan-jalan) .Kota Bharu memang sudah bersedia dengan kedatangan kami,semua yang diingini dan dihajati boleh dikatakan ada dijual ,dan yang paling 'happy' kaum Hawa lah semestinya.

            Bersama artis baru..kihkih!!( aku dan saudara Syukran)

Pada sudut yang lain sewaktu di Kelantan apa yang aku lihat dan amati ialah dari segi membangunan di Kelatan agak lembab sedikit tapi bukan disebabkan tidak mampu pemimpin nya tapi kecerdikan pada kepemimpinan nya yang mahu membangunkan rakyat Kelantan dari pada akhlak dan rohaniah yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah .Benar! Jika kita(rakyat) maju dari keperbadian yang murni akhlak nya maka akan wujud syumul dalam membangunkan sesuatu peradaban.Lihat lah cara Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukkan umat pada zaman nya.

                               Selepas selesai ber'Shoppin'...       

Pasar Besar Siti Khadijah,Wakaf Che Yeh ,Rantau Panjang dan tidak lupa juga di KB Mall ,semua kami jelajahi ,ada yang beli ole-ole untuk orang-orang tersayang dan hanya yang tengok orang beli yang pasti bukan barangan atau cenderahati yang dicari tapi satu kenangan yang indah itu yang pasti.


 "Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
  Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
  Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
  Perjuangan"
~Doa Perpisahan-Brothers-

"BIAR RENGGANG diFANA DUNIA,
BIAR HINA diMATA MANUSiA,
BIAR SEMANGAT SEMAKIN TUA,
BIAR AKAL MAKiN BERUSIA,
JANGAN TERGADAI SILATURRAHIM ANTARA KITA..."
   
Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment