Mar 31, 2010

Who's the fool?

Salam..

Esok korang tahu kan hari ape ,dah tahu kan ,aku sure punye korang dah tahu..tapi aku tahu korang takkan sambut atau ter'sambut' hari camtu betul kan!..

Kalau macam tue memang bagus ,tapi kalau ade masih tak tau jugak biar aku refresh kan minda korang dengan kisah yang berlaku selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dulu.

Kisah nya bermula macam nie ,setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa membunuhan yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Malah ,akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara Islam mereka sendiri.Itulah kisah disebalik 'esok'.

                                    (Sekadar gambar hiasan..)

Bagi yang dah plan prank baik punye dengan member korang ,harap-harap hentikan lah.Malah bila nk prank tue kita kena menipu dalam Sabda Rasulullah s.a.w :Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Sahih al-Bukhari – no:5743]

Kalau hendak bergurau sangat jangan sampai melebihi had dan syarak,biarlah sekadar gurau dengan cara yang benar.Wallahualam...

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment