Nov 24, 2010

Sebuah Kematian


Pagi yang sejuk yang menikam tulang temulang,jeritan ayam berkokok memecah sepi .Ada insan yang masih menarik selimut ,ada pula bersiap untuk mencari rezeki tapi disudut hujung kampung seorang manusia sedang duduk bersimpuh di beranda dengan emosi dan reaksi sedih seperti ada pekara tragis sudah terjadi yang mengusar kan dia.

Tiba-tiba cahaya memancut di celah-celah semak ,lelaki yang diberanda itu memerhatikan cahaya aneh itu.Semakin lama ,semakin dekat cahaya itu lalu keluar dan suara garau dari semak-semak itu.
"Samekom , Din ! " suara itu menyapa .
"Waalaikumsalam .. ko ke tue Li ? ...tanya Kudin 
 
Ramli yang membawa torchlight menyimpul senyum sambil duduk disebelah member beliau Kudin.Kudin yang masih kehairanan melihat Ramli yang datang dari arah belakang rumah nya,selalu guna jalan depan sambil buat drift depan rumah nya kalau datang menyinggah tapi hari ini pakai jalan short-cut pula .

"Aku tanya kau senyum pula ,kenapa sampai guna jalan short-cut ? kenapa ? " Kudin beria-ria mengasak jawapan dari mulut Ramli .

" Mati tadi pukul berapa? Bini kau dah tahu ke? " tanya Ramli direct pada Kudin . 

Tiba-tiba Kudin mengubah reaksi wajah nya,seperti kucing hilang anak.Ramli tahu member nya sedih tapi kena lah tanya jugak untuk kepastian .Nanti kalau orang kampung tanya ada jugak jawapan untuk diberi.

                                                                 
"Li ,ko dah beli ke?sume yang aku mintak tue ? nnt sumer selesai aku bayar lah !" tanya Kudin longlai sambil mengelap peluh dengan kain batik isteri nya .

"Dah ! semua dah .Complete ! Masa kau msg aku ,aku terus gerak ,sampai tak sempat nk naik kereta.Emergency punya pasal ,sebab tu pakai jalan short-cut belakang rumah kau tue . "cerita Ramli sekali gus menjawab pertanyaan Kudin tadi.

Kudin mengganguk tanda paham ,Kudin ini selalu jugak bergantung pada si Ramli kalau ada apa-apa hal ,maklum lah kawan dari kecik sampai ke alam kebapaan . Bingkas Kudin bangun dari duduk nya ,sambil mengambil barangan yang dibeli oleh Ramli tadi .

" Kau nak tengok ke? marilah ..aku dah letak kat ruang tamu " pelawa Kudin yang sedang memanjat tangga rumah untuk ke atas.

Ramli mengikut pelawaan Kudin dan mengikut nya naik keatas .Ramli yang sudah berada diatas rumah mengusha-ushar keadaan takut-takut isteri Kudin bangun .

"Tengok lah kt situ bawah kain batik tue,selak lah tgk.." suara Kudin tiba-tiba jadi halus ,nanti terbangun pula isteri nya kalau suara nya kuat.

"Ok..Ok ! " balas Ramli .

Ramli dengan takut-takut menyelak kain batik dan lihat lah isi didalam ,segera dia tutup kain itu semula dengan pantas .

" Dah mati kan ? ko dan check ke? " tanya Ramli mencari kepastian mungkin kawan nya tersilap .

"Dah ,sebab tue aku msg kau ,dah jatuh lepas tue aku check-check dah takda bunyi apa pun" terang Kudin dengan jawapan yang lebih dramatic dan suspen .

"Hisshh..mati time jatuh la tue..camne la ko nie ..camner nk bagi tau isteri kau nanti? " Ramli bertanya sedang kawan nya sedang blur tidak tahu memberi reaksi .

Kudin terus memberi jawapan " Kita dua sahaja lah tahu ,kita rahsia kan lah ..senang kan !"
  
Tanpa semena Ramli menarik kain batik tadi 

"Nie ! tak kan nk sembunyi hal macam nie ! " tangan Ramli menuding ke arah isi dalam kain batik itu.

Tiba-tiba untuk mendramatic kan pekara ini isteri Kudin pon terbangun dengan mamai dia berjalan sebab dengar bising-bising di luar maka amat lah terkejut bila melihat apa yang sedang berlaku .

"Abg !!! apa nie ..apa abang dah buat nie hah ! " kata isteri Kudin yang terus berlari kearah nya.

Ramli pula duduk di atas tangga , dah malas nak campur hal Kudin .

Kudin dengan takut-takut memberitahu isteri nya " Err..Sori lah Yank ! bukan sengaja dah jam nie mati nak buat macam mana? nie abang dah suruh Ramli beli bateri ,nanti letak balik ok lah tue.."

"Nie retak-retak depan dia,mesti jatuh kan ! "tanya isteri Kudin sambil membelek-belek jam di bawah kain batik itu tadi .

Kudin jugak cuba-cuba membelek-belek jam yang dipegang isteri nya tapi ditepis,ala isteri dia konon-konon merajuk lah .

"Malam tadi abang nak baling cicak ,abang baling lah guna kain batik nie ,tapi silap aim lah  ,terkena pulak dekat jam yang bapak Yank beli tue.." dengan muka cokodok Kudin menerangkan pada isteri nya.

Ramli pula terus mengangkat kaki ,mungkin malas nak layan hal-hal kecik macam nie yang penting dia dah tolong tadi . 

 Tamat lah !




Tweet kan nya !

3 comments: