Nov 30, 2010

Si Kupu-Kupu terbang tinggi !

Amaran : Paparan dalam cerita ini memerlukan imaginasi yang tinggi dan dan sistem penafasan yang baik.Orang kencing manis ,darah tinggi atau sakit jantung dilarang membaca.Penulis tiada langsung tanggungjawab mahupun rasa simpati jika berlaku pekara yang tidak di ingini.Sekian ..hihi !

  Si Kupu-kupu
Si Kupu-kupu sudah punya plan ,ingin berjumpa Si Rama-rama . Si Kupu-kupu tahu dia tidak boleh menjadi hanya mahkluk yang  bersuara dan hanya dapat didengar oleh Si Rama-rama . Dia mahu menjadi realiti ,biar Si Rama-rama tahu wujud Si Kupu-kupu bersama janji nya itu adalah benar dan bukan hanya omongan kosong di ruang lingkup hidup nya.

Disaat lipas mengoreng pisang ,angsa pula bermain batu seremban dan Si Kupu-kupu pon terbang menemui Si Rama-rama . Hebat juga Si Kupu-kupu terbang walaupon sayap nya tipis dia tetap terbang melibas angin ,demi untuk membuktikan dia benar-benar committed pada Si Rama-rama. Kalau datang cicak kobeng atau ular sawa akan di karate tengkuk nya oleh Si Kupu-kupu.

Waktu indah dah tiba, Ya ! waktu Si Kupu-kupu bertemu Si Rama-rama .Malu ,segan, nak cakap ape?bergelumang dalam hati Si Kupu-kupu konon-konon malu. Itu dia saat muncul Si Rama-rama . Akhirnya mereka bertemu maka selepas itu .Diam...senyap...diam ...diam lagi.......hahahahaha!! gelak pula mereka itu. Maklumlah ini mungkin respon pertama malu-malu.


Klikk..klikk..klikk..klikk..Si Kupu-kupu mengambil gambar kenangan Si Rama-rama sambil berterbangan di Taman Asparagus . Si Kupu-kupu memerhati gerak-geri Si Rama-rama.

" Ya ! itu lah Rama-rama yang aku kenal setahun dulu ,tiada bedanya !" ujar hati kecil Si Kupu-kupu.

Si Kupu-Kupu senang dengan Si Rama-rama bagi nya itu lah kesempurnaan bagi nya,hati nya sudah betul-betul terikat pada Si Rama-rama.

"Dia tahu kah aku betul-betul ingin kan dia"
"Aku tak kan sia-sia dia " golak hati Si Kupu-kupu sambil melihat Si Rama-rama di tepi sungai .

"Itu kerja Tuhan ,aku hamba nya ,aku tak ragu pada takdir tapi aku sentiasa usaha dan berdoa mendapat kan dia "pinta hati Si Kupu-kupu sambil memandang langit melihat awan berarak indah .

Hari sudah berganti malam, sebenarnya Si Kupu-kupu datang bukan sekadar ingin berjumpa tapi datang dengan suprise dan plan yang mungkin di realisasi kan. Maka Si Kupu-kupu mengeluar kan surprise itu untuk di beri pada Si Rama-rama . Surprise nya adalah sebentuk rotan yang di sulam membentuk bulatan yang di ambil dari hutan hujan tropika khas untuk Si Rama-rama.

Si Rama-rama sudah tersipu malu dia menerima nya .

" Saya beri nie tujuan nya nak beritahu awak yang saya betol-betol serius " kata Si Kupu-kupu tersekat-sekat maklumlah keturunan kupu-kupu ini pemalu semua nya.

Maka agak menjadi lah plan Si Kupu-kupu kira tak lah penat dia terbang jauh ,semasa ingin pulang Si Kupu-kupu terasa sebak untuk terbang pulang .Si Rama-rama melambai-lambai Si Kupu-Kupu .
Tamat Bahagian Pertama .

Si Kupu-Kupu " Awak,awak.. kita tak pegi maner pon tak pe ,saya tengok awak senyum satu hari pon da Ok!

"eeeeee..gila! " balas Si Rama-rama dengan senyuman .



Hadis riwayat Abu Hurairah r.a,ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbahagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya




Suggest baca ini jugak --> Si Kupu-kupu
Tweet kan nya !

2 comments:

  1. Serangga zaman moden..........
    dah pandai propose2......
    hihihihi..............
    tp ok la si kupu2 tu setia kat si rama2......

    ReplyDelete