Apr 19, 2010

Si Kupu-Kupu..

Salam..

Pekabo ! Salam 1 ummah!..Hari nie dengan secara tidak disengajakan aku tetiba ingin menulis ,tadi ingat nak post article lain tapi nafsu fitriah ini memaksa aku menulis sesuatu yang aku masih tidak tahu akan tujuan aku menulis(bukan nak merapu pulak...haha..harap-harap korang baca lah..).

Pernah kah anda-anda diluar sana merasa dengan tiba-tiba molekul-molekul di sekitar anda dengan tidak semena-mena menjadi kaku,graviti tak dirasakan malah lampu kalimantang yang sinar nya membasahi bilik anda menjadi kelam dan suram ,disudut lain pula lipas-lipas sedang menari cha-cha atau joget inang mahupun zapin Johor.Pernah ? atau tidak?..

Sedang pekara yang logic itu akan katakan( tengah tersenyum..) ,Aku lihat seekor kupu-kupu berterbangan dekat dengan tingkap bilik aku.Si kupu-kupu itu tidak secomel,segah,dan secantik Si rama-rama yang selalu kita lihat tapi Si kupu-kupu terus terbang ,sebab si kupu-kupu tahu dan bersyukur akan rahmat diberi Allah S.W.T dan sentiasa berzikir pada Nya. Si kupu-kupu itu tidak mungkin menjadi rama-rama.

                          Si Kupu-Kupu..(gambar sekadar hiasan..)

Mungkin otak aku telah tersumbat oleh gas-gas amonia semasa menulis ini tapi tidak aku masih waras..Ya! waras..(haha..).Teringat pula aku bait-bait lirik lagu Raihan yang bertajuk kasih sayang

"Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti"...

 Hadis riwayat Abu Hurairah r.a,ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbahagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya

Tweet kan nya !

2 comments:

  1. haha..:D..kena lah paham yg tersirat tue..jgn bc yg tersurat je..

    ReplyDelete