Aug 20, 2010

Please Be Humble ~

Antara beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong,angkuh dan selalu merendah diri :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggap lah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.  

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan diketahui. 



4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T dan akan memeluk ISLAM, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH S.W.T sedangkan kita ini sejak lahir sudah ISLAM, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.


Wallahualam...

Tweet kan nya !

4 comments:

  1. Salam. Input berguna buat semua orang. Harap-harap menjadi pengajaran yang berguna bagi golongan yang berfikir dan memahami.

    ReplyDelete
  2. W'slm..InsyaAllah..b'sifat rndah diri ini amat di tuntut..:D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kita selalu anggap dri kita lg baik drp org lain...
    tp hakikatnya x sebegitu.....
    jadi blajarlah utk jd manusia yang bersifat merendah dri....

    ReplyDelete
  4. W'slm.. setuju tue..being humble is better..

    ReplyDelete