Sep 4, 2009

Cerita di Malam Itu....

Malam nie sape nak belanja char keow teow ?...gurau seorang rakan
“Kita pi la dulu ,jom la!...”

Mereka pun pergi ke tempat dituju itu,menaiki kenderaan masing-masing memecut deras ke tempat yang dijanjikan itu.
Motor Kriss merah berlejang 120  dengan bergaya parking betul-betul depan restoran char keow teow itu,tak lama kemudian sahabat nya muncul juga dengan bergaya dengan mengunakan Perodua Kembara(keta nie pinjam kt mak dier..) terus menerjah ke ruang parking .

Dua sahabat itu pun terus berjalan ke arah tempat duduk dan mencari “port” yang sesuai.Tempat duduk dibawah cahaya lampu kalimantang cukup selesa dipilih oleh mereka  berdua.
“Mana dia nie tak sampai lagi ka”..keluh Marzuky(bukan nama sebenar)
“Sat g sampai kot “kata Mukmin(bukan nama sebenar juga)sambil meletak kunci kereta di atas meja.
“Bang order!” pelayan lelaki bukan layan laki-laki tp pelayan itu datang dan bertanya pada mereka berdua.Mereka meminta milo ais dan teh ais.
“Makan bang?”tanya pelayan itu..
“Sat g”.Marzuky menjawab.

Malam  itu keadaan di restoran agak sepi kurang pelanggan tidak seperti hari-hari lain memang sangat penuh.Dua sahabat itu mula membuka cerita.
“Hang balik bila ?”..tanya Marzuky
“Esok …lusa ada test” jawab Mukmin sambil membetul kan spec  mata nya .

Mereke pun terus berbual seperti rakyat Malaysia yang lain berbual.Semua hal mereka sembangkan,juga diiringi dengan lawak sinis dan gelak yang berbatas.Tiba-tiba air pun sampai milo ais dan teh ais di’order’ sampai ,dengan diiringi Bismillah mereka terus menghirup air itu menghilang kering di tekak.Walaubagaimana pun(<-ayat nie skema btol..) beliau yang seorang lagi belum sampai.

“Wei mana dier nie tak sampai lagi? Tidoq ka?” rungut Marzuky sambil mengacau straw dalam air milo .
“Tu lah…lambat sangat..”balas Mukmin
Tangan Mukmin menyeluk ke dalam saku nya,ingin mengeluarkan sesuatu nampaknya dan dia keluarkan Handset dier.Handset Mukmin ini jika dapat di’describe’ kan  ialah ia agak usang ye,button disebelah tepi kebanyakkan sudah terkeluar ,seperti sedikit carik seolah-olah seperti di’baham’ beliau.

“Kejap aku call dia” kata Mukmin yang meng’offer’ ingin menelefon(<- time nie kredit bnyk la tu..) beliau yang belum sampai tersebut.
“Wei hang kat mana ?Ang berak ka?”
“Owh!OK-ok” Mukmin meletak telefon.
“Awat wei”…tanya Marzuky yang kelihatan kebingungan itu.
“Sat dier sampai” jawab Mukmin selambe

Mereka terus menuruskan bicara-bicara mereka yang mungkin jarang bagi dikalangan orang-orang remaja bincangkan ,contoh seperti mengkritik k******n tentang isu-isu  tertentu dan beliau tersebut pun sampai Hanif(juga bukan nama sebenar..) terus berjalan kearah tempat sahabat nya duduk.Berbekalkan harapan itu orang belanja Hanif terus duduk.

“Sori la aku p mandi tadi”..Hanif memberitahu kawan nya tersebut.
“La hang tak mandi lagi ka tadi”tanya Marzuky sementara anak mata beliau menunjukkan perasaan ingin tahu yang mendalam.

“Aku wat keja tadi petang” Hanif menjawab sangat selambe.Mukmin terseyum sambil menggaru lengan beliau yang tidak gatal itu.Marzuky hanya menghirup air sewaktu Hanif menjawab tadi.
“Bang order!” pelayan lelaki itu datang bertanya

“Bagi char keow teow besar dua satu xda sayoq satu lagi biasa xda sayoq dangan teh ais satu”..Hanif memberitahu sambil dicelah Mukmin dan Marzuky.
Malam yang sayup berakhir dengan tiga anak muda memakan char keow teow ditempat tersebut…….Abis dah…..




*KAH KAH KAH cerita apa lak aku buat nie haha…inilah menunjukkan tahap keboringan aku..tQ la sebab susah je baca ..Aku yang tulis nie pun x paham ..kalau yang paham bagi la comment skit..Hahahah sakit perut aku….
*cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau mati or ade orang perasan bahawa watak dier ada dalam citer.Tweet kan nya !

4 comments:

  1. kah3...betul2 borink neh...yg watak Mukmin tue...cm best je...

    ReplyDelete
  2. insan_berjiwa_sasteraSeptember 7, 2009 at 11:42 AM

    erm... ade bakat dlm bab mengarang tapi kalo boleh
    bykkan mendalami ilmu sastera agar cerita anda ini lebih halus lagi menarik untuk di hayati..

    ReplyDelete
  3. Salam

    TQ sdr/sdri insan_berjiwa_sastera !!! InsyaALLAH sy akan tingkatkan lg k'sasteraan sy ..

    ReplyDelete