Jan 9, 2011

Pembaziran Si Manusia

 Salam..


Mereka yang mencari sesuatu kadang-kadang lemah dalam waktu dan terperangkap dalam buntu.Tiada kata yang terucap,bila sudah terlajak dengan dunia dan peyesalan akan wujud. Tapi tu lah asam garam ,bukan manusia lah kalau tak ada penyesalan malah lepas nie wujud keinsafan.Aku mula tahun yang baru dengan post yang sederhana pendek ,sebenarnya banyak jugak aku nk coret kat blog picisan nie..tapi rilek dulu ,kisah aku masih belum berakhir(InshaAllah..)masih dalam plot-plot yang dicipta tuhan dari azali lagi tidak akan kita lari maka rancang lah hidup korang sebaik nya dan jadi lah manusia yang berterima kasih dengan manusia lagi-lagi tuhan .



Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan
manusia iaitu:


Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan
tidak diredai Allah.

Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.




Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment