Feb 2, 2011

Anak Kak Senah nak Kahwin !

Awal-awal pagi lagi kereta Myvi berwarna pink limited edition kepunyaan anak Kak Senah sampai ke rumah nya ,disebab kan cuti sem maka pulang lah anak dia yang sebulan sudah tak balik ,sambil anak Kak Senah memungah beg keluar dari kereta nun di sebelah rumah nya Hajjah Meriam tengah men'ushar' anak Kak Senah dari ujung kasut prada pasar malam nya sampai lah ke cara pakai tudung anak Kak Senah.

Maklum lah Hajjah Meriam nih pantang tengok budak-budak perangai tak senonoh ,kalau dapat budak-budak macam nie,InshaAllah insaf lah budak tue nanti.Namun Hajjah Meriam tidak meng'ushar' seorang diri tapi dia bersama rakan taulan nya dari kecik sampai besar iaitu Kak Limah . Kesian Kak Limah tak dapat pergi haji macam member dia Hajjah Meriam kalau tak, dah ada ''title'' Hajjah ,bukan ape  pun sebab Kak Limah join skim MLM  habis duit-duit dia sebab nak kaya 'instant'.Satu lagi Kak Limah jugak merupakan seorang yang berkebolehan mendapat cerita-cerita lebih cepat dari internet mahupun CNN , al-jazirah atau Bloomberg.Maka kali ini Kak Limah ada cerita baik punye nk story dekat Hajjah Meriam .
  
    "Yam ,kau nak tau tak ! anak si Senah nih balik sebab ahad nie dia nak kawin" beritahu Kak Limah sambil mata beliau meng'ushar' rapat dari tingkap melihat anak Kak Senah.

   " Oh ,iye ke? kenape si Senah tu tak inpom aku pon..budak jantan tuh org maner? " jawab Hajjah Meriam sedikit konpius .

  " Ntah la ,aku tau pon sebab ada dengar dier sembang dengan anak dia kt telepon hari tue,pehtu aku tanya la dia,dia kata buat sikit-skit je.Budak jantan tu ak pon tak taw la ,dengar citer keje konteraktor " terang Kak Limah sambil menarik kerusi sebab penat asyik berdiri dari tadi.

 "Alert betol la kau Limah ,kalah CSI season 3 ..." canda Hajjah Meriam yang memang sedia tahu akan kebolehan rakan beliau tue.

Kak Limah menjeling manja pada Hajjah Meriam yang sedang menuang air teh pada dia .

 "PANGG!!" Hajjah Meriam menampar meja
Tersedak Kak Limah yang tengah minum air.

" Bercakap pasal kawen ,anak kau Ramli Sam Sam bile nk kawen? " tanya Hajjah Meriam dengan saspen dan drastik.

"Eh ,ko ni Yam ! buat aku sedak  taw ! anak aku keje tangkap gambor..ntah bile dia nk kawen ,aku pon tak taw lah..dah malas aku nak tanya " nada jawab Kak Limah agak longlai mengenang nasib diri nya yang tidak bercucu mungkin.

 " Sabar lah Limah,ape kata kau nyanyi lagu Maher zain ,InshaAllah tue tak lah bosan sangat.." Hajjah Meriam cuba bergurau dengan Kak Limah sambil nyanyi korus lagu itu.

"Hehe..aku dah download da lagu tue sekarang ada version melayu dah.." ujar Kak Limah agak bangga.

 "Hah,berbalik pada anak si Senah nih,ape kata kita buat kan hantaran ,hari sabtu kita kasi lah " cadang Hajjah Meriam .

"Aku pon nk plan camgitu jugak ,kita buat yang vogue skit " senyum Kak Limah sambil menerangkan pada Hajjah Meriam.

Maka Hajjah Meriam dengan Kak Limah pun membuat hantaran untuk anak Kak Senah ,inilah stail orang kampung tak suruh pon secara automatik pun diorang akan buat semampu yang mungkin . Tapi sekarang sifat lantak lah sedang di amal kan.

SABTU


 "Assalamualaikum ! Senah ! " Kak Limah memberi salam .

Kak Limah datang seorang ,Hajjah Meriam pergi tahlil dengan suami nya dekat kampung seberang maka Kak Limah ajelah yang menghantar hantaran pada Kak Senah .

 "Waalaikumsalam! eh ,kau Limah ...." jawab Kak Senah sambil mempelawa masuk.

Kak Limah dengan selambe meletak hantaran-hantaran itu di atas meja .

 "Limah oiit..nie suma kau kasi aku ke? terima kasih lah ye..." senyum Kak Senah sambil membelek-belek hantaran itu.

 "Yelah aku dengan Hajjah buat kan utk anak kau nk kawin kan..biasa-biasa je Senah oit.."kata Kak Limah sambil menampar bahu Kak Senah.
Kak Limah bercakap lagi " Nie khemah kenapa letak satu je...cukup ke?

Tetttt..tetttttt..tetttt " bunyi msg cellphone BlackBery Kak Limah .Kak Limah pun berjalan cepat ke pintu .
"Senah aku balik dulu,laki aku dah balik la pulak..,besok aku datang ngan Hajjah "

"Yelah,cepat nye.. ok2.."balas Kak Senah sambil melihat gelagat Kak Limah yang bergegas nak balik.


AHAD- Hari kawin

Hajjah Meriam dan Kak Limah dah pun bersiap-siap se-vogue yang mungkin ,maklum lah majlis perkawinan silap-silap buleh photoshoot dengan pengantin.

 "Yam ,ko cube tengok rumah si Senah tue kenapa macam xde orang je?" tanya Kak Limah sambil ushar rumah Kak Senah.

 "Baru pukul 10pagi ,Limah oii..kita je hah,yang pegi awal-awal nih.." balas proaktif Hajjah Meriam pada soalan Kak Limah.

Kak Limah bertubi-tubi ajukan soalan lagi " Tapi mana orang gotong-royong memasak tak nmpk pon aku?"
Sekali lagi Hajjah Meriam membalas dengan bergaya " Kan sekarang pakai buffet je..karang ada lah orang hantar kat rumah dia nasik minyak sume tue,kau nih Limah banyak betol soklan ..Jom le kita pegi..!"

Maka pergi lah mereka ke rumah Kak Limah yang hanya sekankang kera sahaja jarak nya.Kak Senah pun sudah nampak kelibat dua orang dari jauh dan terus mengajak masuk.

 " Kenapa lambat, diorang dah kawin dah pon ! "kata Kak Senah mengejutkan Kak Limah dan Hajjah Meriam.
"Kitaorang datang awal nih,pon dah kawin ke?..mana suami nye" serentak pulak pertanyaan Kak Limah dengan Hajjah Meriam .

Oleh itu Kak Senah pun menunjukkan sesuatu pada skrin laptop pada Kak Limah dan Hajjah Meriam .
 " Nie hah..nampak Siti went from being "single" to "married."kan dah kawin tuh..dan khemah tue untuk anak lelaki aku punya dia nak buka gerai kat pasar malam."

Dan Kak Limah pon berguling-guling di atas simen manakala Hajjah Meriam sudah pengsan seminit selepas mendengar perkataan ''single to married ''.

Sekian .



Tweet kan nya !

2 comments: