Oct 19, 2009

" Exprementasi sial "

Ruang sepi jalan kampung pengkalan ,berderum seketika tatkala kereta Nisann berkaler perang menerjah ke situ ,berpaksi gear dua terus bergerak ke satu tempat yang di tuju. Tidak lupa juga dua insan kacak yang bernafas di dalam kereta itu beliau adalah Marzuky(bukan nama sebenar) dan beliau yang kedua adalah Hafizi a.k.a Monen (bukan juga nama sebenar).Kali ini dua watak ini begerak duo ini kerana member-member beliau tidak bercuti selalu mereka begerak segerombolan tapi kali ini tidak.


                                                      dua insan kacak...

Bergerak dalam kelajuan 80 batu notika sejam,membuat perjalanan mereka sungguh bahagia diiringi pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa tamil,cina ,english dan melayu.Plan mereka sungguh simple iaitu dengan tonton ,makan pop corn dan balik,senang saja.Inilah plan yang sering diguna pakai oleh mereka bersama rakan-rakan.

45minit berlalu dengan pantas ,dua orang watak penting ini sudah sampai ke sebuah mall di daerah Prai.Kereta di parking dengan bergaya ,dua insan kacak itu pun keluar .Mereka berjalan masuk ke dalam mall tersebut ,mata-mata ayu terus merenung tajam mungkin teruja dek tahap kekacak beliau dua orang itu tapi mereka tidak menghiraukan nya mereka terus bergerak terus ke tingkat dua.
Tapi nasib tidak menyebelahi mereka berdua kerana filem yang diidam kan tersebut tidak tayangkan disitu,seorang dari pada mereka ingin mengubah plan kehari esok.Walaubagaimana mereka terus menonton filem lain iaitu ‘Surrogates’ sebuah filem orang putih.

Selepas habis filem tersebut lebih kurang sejam lebih,dua watak utama ini terus menerjah pulang ,tetapi halangan jua pula menerjah mereka. Temperature kereta mereka naik mendadak ,macam nak berasap sahaja kereta itu.Sedikit ke-macho-an mereka terguris kerana terpaksa berhenti di sebuah stesen minyak tapi dua orang beliau tetap menunggu sehingga temperature turun.Lebih kurang 20minit temperature kereta sudah turun dan mereka bergerak kembali.

Tetapi(mmg banyak tapi la..) mereka telah dirundung ke-sialan lagi temperature naik lagi.Agak panic juga dua insan ini sebab time tu jalan tengah jam,macam-macam sangkaan dan omonggan dibuat mengatakan kereta akan meletup dan sebagai nya yang boleh membuat ke-panikkan terhadap diri anda.

Sempat juga mereka berhenti di sebuah hadapan kedai runcit yang dah tutup dan sebelah hadapan itu pula ada gerai kecil masyarakat India menjual bunga untuk deepavali .Seperti agent FBI pula mereka disitu ,kerana seperti seolah-olah menyiasat,walhal kereta tengah rosak.Masyarakat India disitu pula hairan dan pelik ,melihat kan dua orang  itu bermastautin disitu.Setengah jam kemudian mereka bergerak semula ,dan sampailah ke rumah mereka.

Tomorrow after that…

Kereta Nissan yang semalam rosak ,plan untuk hari nie menemui menghujung nya tapi berkat kesabaran dapat lah pula naik Proton Pesona ,tapi sebelum melaksanakan plan dua orang beliau ini sempat bergambar dengan motor yang ber CC lebih dari kapcai.

Kali ini mereka membawak watak tambahan iaitu Hanif(bukan jua nama sebenar..)terus ke tempat yang dituju kali ini di daerah Prai juga tetapi di mall yang lain.Dalam mall ,time public holiday memang agak ‘semak’ dengan kebanjiran manusia lain.

Berbekal Rm 7.00 dapat lah membeli tiket filem yang amat mereka idamkan iaitu ‘Papadom’.Memang ramai disitu,tetapi memang berbaloi dapat menonton filem tersebut.Selepas menunaikan solat Magrib ,mereka terus ke mamak menonton Chelsea Vs Aston Villa tapi Chelsea kalah kena 2-1 ,lepas mereka layan pula Liverpool Vs Sunderland walaubagaimanapun Liverpool kalah 0-1.Begitu lah kisah tiga insan tersebut.Habih…


                                                     Memang best..!!


p/s : sajer je aku kasi tajuk nie...baru gempak skit..pepe pun Papadom mmg best ..kalo dah tgk baru taw npe ak letak tajuk nie..hehe..!!



                                kalo ade restoran nie nk gak rasa papadom tue..


Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment