Jan 19, 2010

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah s.w.t.

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.Sudah 40 tahun dia mencuri.Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas dihatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya, “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa , mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melaksanakan niatnya.Dia berkata, “Aku ni pencuri.Manalah layak pencuri seperti aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian , dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa dari belakang.Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata didalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini . Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus berasa takut.Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku!Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku , takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berjalan laju supaya si pencuri tidak dapat mengikutnya.Namun si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana mahu tetap bersamanya. Akhirnya kedua-dua sampai serentak kepada Nabi Musa a.s. . Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah s.w.t. supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.”Maka terkejutlah si pencuri dan si abid tadi.Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Tetapi celakalah dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri , tetapi dia tidak suka akan perbuatannya itu . Dia mencuri kerana ditimpa masalah kemiskinan dan memikul tanggungan yang banyak.Namun masyarakat ketika itu sungguh angkuh dan sombong.Manakala si kaya pula enggan membantu orang-orang miskin dan fakir.Si pencuri mencuri kerana terpaksa . Setiap kali dia mencuri , dia berasa amat berdosa dan bersalah .Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itulah juga iiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun itulah hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan  dan mengharapkan kasih saying Allah s.w.t.


                                          Mutiara Hati...

Sebaliknya si abid amat yakin bahawa ibadahnya mampu menyelamatkannya dan yakin ibadahnya akan dapat membeli nikmat syurga. Setiap kali dia beribadah, dia berasa bahawa dirinya telah bertambah baik dan mulia.Selama 40 tahun si abid mendidik hatinya supaya berasa lebih baik dan lebih mulia hinggakan dia berasa tidak layak bagi dirinya untuk bergaul dengan orang-orang yang tidak sepertinya, yang hina dan berdosa.Dia berasa dirinya hanya layak berjalan dengan para Nabi.

Maha suci Allah s.w.t. yang mengetahui segala isi hati manusia , yang tidak melihat amalan-amalan zahir semata-mata  tetapi melihat apa yang diniatkan didalam hati.Sesungguhnya Allah s.w.t. menilai hamba-Nya mengikut amalan yang ikhlas,bukan untuk menunjuk-nunjuk dan yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapakah dikalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa.

Wallahualam.

(Dipetik daripada majalah Pendidik keluaran Disember 2005.)

Tweet kan nya !

4 comments:

  1. salam...
    ni msti kes terkawan dgn awek owg lain.....
    ye x :.....

    ReplyDelete
  2. W'slm...awek?..t'silap comment kot..citer diats tiada kaitan pon dengan awek..

    lagi pon xpernh pula sy terkawan dgn awek org lain..harap maklum..:D

    ReplyDelete