Mar 22, 2010

Kisah cinta Monyet~

Dalam usia peralihan ke alam kedewasaan setiap insan perlu mengadapi zaman yang paling  getir dan mencabar iaitu zaman remaja.Emosi,pemikiran pada tahap ini akan sedikit demi sedikit berevolusi dari berpemikiran keanak-anakkan yang sikap selalu bergantungan pada ibubapa akan kian hilang dan sikap mementingkan rakan mula timbul.Didikan tentang pekara ini harus diutamakan malah bukan itu sahaja yang mulai berubah malah hormon-hormon juga turut berkembang dan menunjukkan sikap lelaki dan wanita itu.Cinta juga tidak dapat dipisah dalam rona alam remaja ini,mula lah mencari ‘mr and mrs right’ mereka sendiri,dalam badai cinta yang penuh asyik ini hentaman ombak keras perlu dihadapi dalam pelayaran cinta itu.Hayati lah kisah percintaan yang penuh liku dan ranjau ini.


Kisah ini pengisahkan Remy yang agak sasa dan tampan tapi masih muda dan dalam perjalanan mencari cinta maka Remy berjumpa lah dengan Amanda yang tidak kurang cantik malah agak lincah dalam menangani hidup nya.Tapi Remy sememang masih dalam jagaan ibu nya dan ibu nya amat melarang Remy untuk  bertemu dengan Amanda.

Ibu Remy sangat tidak menyukai keluarga Amanda kerana mereka telah merampas hak mereka pada suatu masa dahulu tidak cukup dengan itu salah seorang keluarga Ibu remy juga telah berpaling ke keluarga sebelah Amanda sebab dia juga telah bercinta dengan salah satu saudara Amanda.Tetapi Remy sangat degil dan tidak mahu mendengar kata Ibu nya ,dan sering bertemu dengan Amanda apabila Ibu nya sedang tidur atau tiada di rumah.
                  Secocok!.Remy dan Amanda(sekadar gambar hiasan)

Pada usia muda ini Remy hanya dapat melihat hanya keseronokan dengan Amanda,mereka sangat serasi bersama ,mereka makan bersama-sama sambil suap-menyuap antara satu sama lain,bergurau senda bagai dunia mereka yang punya malah belajar tentang pekara baru bersama-sama.Sedang asyik Remy dan Amanda dalam gelombang asmara mereka nun dihujung disana si Ricki sepupu Remy memerhati mereka ,dan Ricki pun segera memberitahu hal ini kepada Ibu Remy yang sedang tidur itu.Amat lah terkejut Ibu Remy mendengar berita itu kerana Ibu nya mati-mati ingat si Remy ini pergi belajar tapi lain pula dibuat nya.

“Hoiii” sergah Ibu Remy ,Amanda dan Remy yang sedang asyik bersembang itu tergamam dengan sergahan Ibu Remy yang sangat memeranjatkan itu.Remy cuba menerangkan apa yang berlaku kepada Ibu nya,tapi Ibu nya tidak mempeduli kan omongan Remy,Amanda hanya berdiam diri kerana ketakutan melihat kemarahan yang amat memuncak dari Ibu Remy.

         Pandangan maut Ibu Remy pada Amanda.(sekadar gambar hiasan)

Dengan keras Ibu Remy mengheret Remy pulang “Amanda..!!!!”,Remy tidak habis-habis menjerit nama Amanda tapi Amanda tidak boleh berbuat apa-apa hanya mampu melihat.Sejak dari itu Ibu Remy telah melarang Remy untuk keluar dan hanya boleh keluar jika Ibu nya menemani .Semakin hari Remy semakin gelisah kerana selalu mengenangkan Amanda ,badan Remy semakin susut kerana kurang gizi sebab terlampau rindu dengan Amanda.

Ibu Remy yang risau dengan Remy telah mengenal kan Remy dengan sepupu sebelah Bapa Remy yang baru sampai dari CapeTown yang bernama Kaseh.Ibu nya berharap agar Kaseh dapat mengembalikan semangat Remy yang kian lusuh dek sebab kan cinta nya pada Amanda itu.Kaseh pun cuba berbaik-baik dengan Remy ,tapi Remy masih tidak mengindahkan Kaseh .

Tapi Kaseh terus mencuba dan memujuk Remy ,tatkala dipujuk dan belai Remy dan Kaseh mula menjadi akrab.Semangat yang pudar dalam diri Remy kian hilang dan timbul semangat baru.Ibu Remy sangat gembira dengan hal ini.Remy juga menunjukkan pertingkatan baik dalam benda dia pelajari ,sementara Kaseh sentiasa berada dekat dengan dengan Remy.Selepas itu mereka tinggal bahagia selamanya.*



*Kisah ini diceritakan oleh Dr.Zunkich Abert Greeg Ph.D(bukan nama sebenar) dia merupakan doktor veterinar dan seorang zoologist yang mengkaji kehidupan monyet dan pembiakan monyet.Dia telah berjaya mengkacukkan Kaseh monyet dari Africa dengan Remy monyet Malaysia .Amanda telah di transfer ke Britain dan menjadi menghuni zoo disana.
Tweet kan nya !

8 comments:

  1. brknaan cnta mnyet mmg mnjdi lumrah ank2 rmaja skrg ni, xkra mskin atau kya, adkh saudra/i jga pnh trlibat dgn knflik ini dan brpa kali?

    p/s : sy sdg mnjalankn kjian ke ats smua stdent, sy mgambil jrusan sains kmnusiaan di usm, penang.

    ReplyDelete
  2. Saudari/saudara ...pekara sebegini mmg lazim dlm usia ank remaja..kalau sy pulak pada masa itu belum punya konflik sebegini ..tp selepas alam Ipta baru punya 'sedikit'konflik sebgini..:D

    anda sudah baca ke kisah diats tue..?

    ReplyDelete
  3. salam..kahkahkahkah....ingt kn kisah ape td...tp mmg btol KSAH CINTA MONYET!

    ReplyDelete