May 1, 2010

Berbahagia lah Mereka Disana..

Salam..
                       
April lepas, yang baru sehari berakhir ini telah mengejutkan aku(mungkin kita semua..) dengan kematian Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43 atau lebih mesra dengan panggilan Din Beramboi .Selepas empat hari dimasukkan ke hospital ,yang pada mula nya aku diberita kan dia(Din Beramboi) di jangkit dengan kencing tikus ,dan selepas di diagnosis dia rupa nya menghidapi denggi berdarah.Keadaan makin kritikal dan semua organ didalam badannya tidak berfungsi dan pada tarikh 2/4/2010 dia menghembuskan nafas yang terakhir turut berada disisi nya saat ajalnya ialah keluarga dan sahabat handai nya. (Allahyarham Mior Ahmad aka Din Beramboi -->)
                          
                        (Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari)

Lebih kurang dua minggu selepas kematian Allahyarham Mior Ahmad  sekali lagi aku dikejut kan dengan kematian Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27. Teringat pulak aku, zaman aku sekolah menengah ,zaman ini lah lagu-lagu Allahyarham sangat lah 'Top' bersama kumpulan nya ,masa tue aku layan lagu Hadirlah Mustika ,siap karaoke lagi tue.Akibat kemalangan di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dia telah kembali pada mencipta-NYA.

              (Allahyarham Mohamed Haseenullah Bin Wahibul Ameen)

 23 April aku sekali menahan sebak apabila dikejutkan dengan kematian seorang senior,sahabat,abang,pemimpin yang sangat aku kagumi dan hormati .Semasa beliau berada di poly sedikit sebanyak dia memberi secebis pengalaman pada aku dan pada para sahabat seangkatan dengan aku. Allahyarham Mohamed Haseenullah Bin Wahibul Ameen meninggal dalam satu kemalangan .kalau tidak salah aku pada awal pagi.Beliau sangat ramah bersama sesiapa saja tak kira bangsa ,beliau sentiasa menghulurkan senyuman dan mulut nya sentiasa basah dengan nasihat yang berguna.Walaupun aku tidak serapat seperti kawan-kawan beliau yang lain tapi aku rasa seolah-olah sudah rapat dan erat dengan beliau.Kali terakhir aku berjumpa dengan beliau pada malam konvokesyen ,sewaktu aku asyik menyaksikan persembahan ,dia menyapa aku dan bertanya khabaran aku.Tapi selang beberapa hari dia pergi buat selamanya.


Sudikan lah kirim kan Al-Fatihah buat mereka disana..


Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment