Jan 21, 2011

Beritahu lah

 
Beritahu lah dunia 
Beritahu lah yang kau boleh menyanyi
Beritahu lah yang kau boleh menulis ,bersajak gurindam
Beritahu lah kau hebat berseni mengukir nama di papan keras
Kau boleh berfantasi di dalam mimpi
Kau hasil kan ilusi dari jari jemari

Tapi itu ilmu dunia hamba ,itu duniawi
Picisan sahaja ilmu itu di depan NYA .

Cari lah Amal untuk Ukhrawi
Bila sudah utuh itu 
Maka jangan beritahu dunia bila kamu hendak bersedekah
Jangan beritahu dunia yang kamu punya tubuh molek tutup rapat,aurat mu
Jangan beritahu dunia tentang kekayaan mu
Jangan lupa beritahu dunia, seksa bagi sang pendusta perintah Allah
Ayuh berpesan-pesan sesama kita


 [ Pagi suci Jumaat 8.08 pagi,Malaysia ]



Tweet kan nya !

3 comments: