Sep 15, 2009

Kerna Insan itu Bernama Kekasih...

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih



Bait-bait lirik diatas sangat memberi makna tersendiri buat aku pun tak tahu kenapa dan aku rasa bukan aku sorang je kot akan yang rasa apa yang aku rasa pabila mendengar kan lagu nie.

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Fuhh...atas tu merupakan antara lirik yg menyentuh kalbu ...,aku nie bukan lah 'mat jiwang' atau seangkatannya dengan tu tp aku rase kalau ketua mafia atau gangster yang dengar bait-bait lirik tu..Kompom air mata jantan leh keluar.
Dalam lirik tu mendambakan seorang yg boleh dimiliki untuk dijadikan kekasih..macam kes aku xde "awek" lagi ...perlu ke awek?..Aku xlah memilih mungkin orang memilih aku nie kot..muke xlah ensem sangat tp ade lah iras Salman Khan xpon Rosyam kan..tu orang kata bukan aku..

Kadang-kadang aku tgk member aku yg ber'awek' nie cam best ,hepi tahap orang b'bini je..tp last problem dan clash (part tu yg aku nk gelak tu..hahaha..)..tp ada gak member aku yang ber'awek' dan last skali kahwin baguslah camtu but tu jarang-jarang dan kadang-kadang(..kata P.Ramlee..).

Bagi aku(nie serius nie..) xyah la awek-awek kan ..dalam Islam or sunnah..xde boleh ade awek-awek nie..dalam Al-Quran pun dah bgtau supaya jangan dekati zina..kalau ade awek nie percent nk dekat zina nie tinggi gila ..so iman aku xlah tebal maner hanya nipis tisu jamban je..Kalau boleh tu jauh kan(mmg kena jauhkan HARAM..)

                              awek yg ganaz nie ke pilihan anda?

Tp lps nie mmg mesti ade org nk debat dengan aku kata ber'awek' tu boleh sebab beliau berkata begitu kerana lebih kurang camnie lah.."Zaman dulu laen,Nie dah moden dan dah jd trend r awek-awek nie,kami reti lah jaga diri"...(<-- Betul ke??hmmm...)..Susah kalau aku kalau kena 'smash' dengan pertanyaan mcm nie jadi jawapan aku mudah je kalau engkau mengakui dirimu Muslim  dan mengucap dua kalimah syadah ,jadi ikutlah panduan yang diberi ALLAH s.w.t dan Rasul kerana setiap larangan itu mesti punya hikmahnya.Itu lah yang boleh aku jawab.

                                                ayat-ayat cinta nie...


Kalau dah suka kahwin terus(..mcm senang je kan ..)tp sebelum nak kahwin tu siap kan lah diri anda sebab lepas nie nak pimpin satu family kalau nakhoda dah xda ilmu laut mcm mana nak bawak kapal g belayar kan?.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

 "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt so family tu pon bahagia ..InsyaALLAH....

So aku nak berkongsi apa aku rasa pada korang sume..korang lah tentunkan untuk kesejahteraan korang di dunia dan akhirat kelak..Tweet kan nya !

1 comment:

  1. insan bernama kekasihSeptember 16, 2009 at 6:46 PM

    Ku harap jalinan kan berpanjangan
    Selagi kasih yang terbina
    Kerana cinta kepadaNya

    Kau kusayangi teman sejati
    Dikaulah sesungguhnya
    Insan bernama Kekasih...

    "hayatilah.."

    ReplyDelete