Feb 17, 2010

Jantan Innocent

Adakah yang membaca ini Jantan? Kalau ya! Lagi bagus..yang bukan 'jantan'(perempuan..lah tue..) pun boleh baca ,Kira nya semua boleh baca tiada sekatan .

                                    Bersahabatlah..

Tahukah anda bahawa jantan kian pupus sekarang.Populasi nya berkurangan sejak akhir zaman ini malah species ini juga mempunyai jiwa yang sensitif (walaupun diluar macam tough n indenpendent ).Dalam simbiosis hidup ini macam-macam kita perlu hadapi dan memikul amanah.

                 Jantan(lelaki) semakin pupus.(sekadar gambar hiasan)

Jantan atau dalam bahasa yang sedikit sopan nya ialah lelaki,diciptakan untuk menjadi pemimpin dalam linkungan dunia yang tebentang ini.Dalam Islam lelaki diberi tanggungjawab yang besar dalam pelbagai aspek dari dunia hingga ke akhirat lelaki punya tanggungjawab ini jelas dalam Surah At-Tahrim ,Allah S.W.T berfirman " Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

Dalam melayari hidup dalam kelakian ini macam-macam lagi yang perlu kita hadapi malah lelaki yang berkeluarga lebih memerlukan kesabaran dan keimanan supaya tidak terlempar dalam lembah kedayusan.Sabda Nabi Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani)

Hadis diatas memberi maksud yang sangat jelas dan terang bahawa lelaki harus mengambil peduli dan sentiasa berada pada ahlinya(Isteri dan anak-anaknya) supaya tidak membiarkan isteri dan anak perempuan nya dipegang dan dipeluk lelaki sebarangan(bukan muhrim).Itu dalam perspektif lelaki dalam yang berumahtangga.

Bagi jantan macam aku nie yang masih tiada beban tapi hanya membebankan lagi nie ,pun wujud tangungjawab dalam keluarga aku sendiri ,Iyalah tangangjawab biasa yang sering kita ungkapkan pada cikgu-cikgu kita masa darjah 6 dulu iaitu ingin membalas jasa ibubapa yang membesarkan kita lah.Mudah kan apabila kita beri jawapan itu pada cikgu kita pada zaman itu tapi realiti nya sungguh rajau jalan nya untuk melaksanakan dek kerana kita banyak ikutkan nafsu dan bukan iman. 

                         Pic nie xda kaitan pon,saja aku letak..(sekadar gambar hiasan)

Dalam sudut kejantanan lain pula jantan tidak boleh dipisahkan dengan cinta.Ya! betul! macam anda fikirkan itu cinta pada manusia.Jantan sering dispekulasikan sebagai pelbagai jenis binatang kalau membuat sesuatu yang salah(rasanya lah kan..) antara binatang yang sering dikaitkan ialah buaya darat atau dalam bahasa omputih nya "playboy".Bagi aku ini jantan-jantan itu belum tahu erti cinta dan nafsu.Kata orang ,jantan nie senang mempengaruhi orang(perempuan lah selalu nya) betul ke?Kadang-kadang pulak ada jantan yang suka "test" kejantanan nya ..Sabarlah wahai jantan..!!


Tapi in the end kita hanya lah manusia hamba yang sama pada sisi Yang Maha Besar.Jadi kekurangan kelebihan yang tiada sempurna nya sentiasa melingkari kita.



Tweet kan nya !

2 comments:

  1. mempunyai jiwa yang sensitif (walaupun diluar macam tough n indenpendent )- lelaki mempunyai jiwa yang sensitif ke?

    ReplyDelete
  2. a'ah..tulah kebanyakkan tak tahu..anda bertuah sbb dah tahu..hehe..

    ReplyDelete