Jul 3, 2010

Penyelewengan AKIDAH ESQ 165 --


Salam...

Mungkin ramai dah tahu tentang fatwa yang baru dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17Jun yang lepas ,Aku agak baru tahu akan hal nie ,setelah menyelak2 pesbuk aku baru-baru nie tapi aku memang tak terkejut pon dengan fatwa ini,sebab aku pun pernah menyertai program ini.


Kalau nk pegi tajaan sendiri memang tak sampai lah ke ESQ nie sebab yuran masok dier lebih kurang RM500 cam gitu lah..disebabkan aku di taja oleh pihak ipt aku dulu ,so kena lah pergi .Time tue ramai lah kebanyakkan staff ,lecturer di taja oleh Ipt aku utk ke ESQ ,banyak gak lah duit abis kt progrm nie tapi kalau utk membangun kan akhlak dan menguatkan akidah pada Allah S.W.T xde masalah kalo pasal duit nie kan. Pengisian dalam ESQ nie memang lain dari yang lain,sebab kalo yang pernah pergi tentu paham maksud aku ,program ini tak sama dengan program motivasi yang pernah aku mahupon korang sertai.


Masa first nak masok dalam dewan tue,pergghh memang sejuk giler suhu bawah 10drjah celsius kot,ntah lah !tapi memang sejuk lah,dah duduk lebih kurang 4jam lebih,Semasa program ini dilangsungkan ,banyak lah yang menangis,sebak(aku pon sama lah..:D) ,masa aku pon jahil taktau pengisian dalam ini kebanyakkan dipengaruh dengan agama Hindu,kristian dan pemikiran logik manusia( <--- seperti tertulis dlm fatwa),Ya! memang ada verse Al-Quran dan Hadith tapi tidak difahami secara benar melalui para ahlinya yang muktabar bukan diterjemahkan atau ditafsirkan sendiri oleh kita(ESQ),bahaya kalau guna akal .

Malah lepas-lepas ESQ ,ustaz dekat ipt aku tue memang macam dah anti dengan ESQ ,sebab aku tengok gaya dia bercakap dan memberi nasihat supaya kami(pelajar) hati-hati dengan program ini,sebab ramai jugak member aku taksub dengan ESQ ini,yang baik jadi baik,yang kurang jadi baik,jadi bagus! lah tapi pengisian nya membawa pada pemikiran liberalisme , tapi kalau ada yang baik dlm itu ambil janji ia tidak menyeleweng dengan akidah kita.Bahaya kalau orang jahil yang bertopeng kan agama ini,mungkin ada niat disebalik nya?

Wallahualam...

Fatwa ESQ 165 

 
Berikut,  kandungan Fatwa tersebut.(rujukan : Fatwa Mufti {klik di sini} )
    (a) Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.  Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :
1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan fahaman Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah S.W.T  semata-mata (al-Isthifaiyyah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).
3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala ‘God Spot’ adalah hasil kajian seorang Hindu, VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46).
4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati  adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian.The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindik dan kufur.
 5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s.
7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
 9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it a miracle. We know what it’s about. It’s natural to us.”
10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah, “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity – One God expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”.

    (b)  Mana-Mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam    perenggan (a).

 Sila Layari Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (klik)

Tweet kan nya !

2 comments:

  1. harap dapat sama-sama memberi komen tentang fatwa ESQ 165 ini di blog saya

    http://suarajagat.wordpress.com

    ReplyDelete