Nov 11, 2009

~Renungan didepan Sejadah~

Allhamdulillah...Aku sudah selesai menunaikan solat Asar,perut terasa lapar ingat lepas solat nak pergi makan ,ermmm nak makan untuk petang  nie.Aku masih duduk di antara dua sujud di atas sejadah ,lantas terbenak dekat hati aku ,adakah solat yg aku lakukan tadi yg di sudahi dengan salam serta doa kudus aku itu terima di sisi Allah malah aku terfikir tentang masa depan aku.

Selalu aku terfikir tentang semua tue tp ptg nie buat hati aku terusik tentang persoalan ini walaupun sekarang ini aku cuba corak kan masa depan aku nie namun Allah jua menentukan hasil bentuk corak itu kan .Selepas tue aku lihat sulaman Kaabah di sejadah yg bernilai RM 15.00 aku tue.Adakah aku sempat menunaikan haji di sana ,dapat mencium hajar ul-Aswad dan merasa berkat di bumi anbia itu.Aku sentuh sulaman Kaabah di sejadah itu,walaupun setiap waktu aku menyentuh sajadah itu tapi petang nie aku rasa satu perasaan yg sukar akan nukilkan dalam nie .Sememangnya qada dan qadar itu berada pada Allah s.w.t dan kita wajib mengimani nya.


                                       Hanya sejadah biasa ...

Mungkin perasaan sebegini pernah di rasakan kan oleh orang lain yg membaca ini,tp memang sukar aku gambarkan perasaan yang membuat kita untuk kuat kan iman di dada .

Adakah iman kita seperti ais batu yang sedikit demi sedikit akan cair kerana haba dari dosa dan maksiat yg kita sering lakukan..


Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment