Jun 26, 2010

"Biasakan" dengan maksiat ?

Salam..

Ye ye..menulis blog yang hensem lagi kacak dan sedang diminati oleh angelina jolie dan marshada telah kembali dalam bahana kesibukkan dunia yang sementara ini,bukan sebab ape sibuk melaksana kan tanggungjawab(macam misteri je kan..hihi..).

Dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai pelajar di sebuah ipt ini ,walaupun belum mula dengan sepenuhnya tapi pelbagai ragam manusia aku tengok...Alah standard lah bukan aku sorang je ,korang pon pernah ushar gelagat rakyat-rakyat yang lain kan.Aku paham sangat perasaan korang bila melihat mereka yang korang kata "pelik"(kata dalam hati je lah kan..) ,maka timbul lah rasa diri kita nie bagus secara tiba-tiba sebab tengok itu agak kurang dari kita yakni dari segi peribadi dan perbuatan,MasyaAllah !itu lah manusia kalo rasa lebih sikit mesti timbul riak nie..istifar ..(Astaghfirullahalazim!)

Itu satu hal ,tapi yang buat aku menjadi pelik dari segi tutur kata,yang kadang-kadang disulami dengan kata-kata carutan dan ayat-ayat rekaan jahanam yang sentiasa basah di bibir mereka, ialah sekarang bahasa dan percakapan sebegitu lah menjadi 'trend' akhir zaman ,aku sendiri kadang-kadang macam terbiasa dan ada kala guna jugak percakapan jahanam itu.Macam peribahasa inilah kalo di kandang kambing kita mengembek ,kalo di kandang perbicaraan kita ape hah?..(haha...!!..)

Bukan itu je,kalo kaum hawa taktau lah kot-kot same mengunakan perkataan sedemikian rasa nya sama kot..ntah lah..tapi yang hawa ini kebanyakkan mereka suka mengenakan pakaian yang meyembur bijik mata aku yakni lelaki yang masih belajar meng'control' nafsu nie.Pakaian ketat tapi bertudung ,fuhhh..ikot stail apa aku taktau lah ,mungkin campur Barat dan cuba dihalal kan dengan mengena kan tudung ,so maknanya sudah tutup aurat ,Ya benar sudah tutup tapi cara tidak kena ,belajar lah dengan ustaz or ustzah behampiran anda sekarang. Malah pekara ini juga buat kan aku terbiasa sebab slalu duk tengok ,kalo tengok first side look takpe lah, tue rezeki,tapi bila aku berpaling pada tempat lain ..Arghhh ada juga macam tue ..hurmm tengok jelah.

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w: “Dua kelompok ahli Neraka daripada umatku aku belum pernah melihatnya lagi: kasiyat (wanita-wanita yang berpakaian) namun (hakikatnya) ‘ariyat (telanjang), ma’ilat (cenderung kepada maksiat; atau berjalan lenggok; atau menyisir rambut seperti pelacur) mumilat (mengajar orang lain perbuatan maksiat mereka; atau menggoyangkan bahu; atau menyisir rambut orang lain seperti rambut pelacur); Di atas kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya; dan kaum lelaki bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, disebat dengannya hamba-hamba Allah.”
[Sahih Muslim dari riwayat Abu Hurairah]

Biasa..biasa...biasa... sume sudah jadi biasa dengan pekara maksiat nie ,walaupun nampak ringan tapi kalau hari-hari tengok ,tak ke bertingkat-tingkat dosa ini yang akan di tulis malaikat pada amal kita nie.Sebenarnya banyak lagi perbuatan maksiat kita lakukan tapi kita anggap ia biasa dan anggap ini commonly  things ,aku bukan mau jadi sarcastic tapi ini realiti ..sedar kan..jadi ayuh bertaqwa dan meyempurnakan yang hak dan yang batil.Wallahualam

Tweet kan nya !

1 comment:

  1. Hanya kerana kita berada di dunia di akhir usia. Umat manusia pakat2 menolak kebaikan. Hendakkan keseronokan dunia sahaja. Maka sahlah minda mereka masih dijajah walaupun jasadnya merdeka.

    ReplyDelete