Jan 3, 2010

Perjalanan seorg AKu ....episode 3

Salam !Sihat ke korang? Aku buka post pertama tahun ini di blog aku,dengan sambungan kisah Perjalanan seorg AKu episode 3.Maaf lah ,sebab lambat posting citer ini.Kalau yang belum sempat baca episode 1 dan 2 ,sila click di sini Perjalanan seorg AKu ....episode 1 dan Perjalanan seorg AKu ....episode 2 . Harap Maklum(macam baca berita lak..hehe)


Perjalanan seorg AKu ....episode 3

“Hang nie! ,nie kaunter daftar lesen moto hang amik lesen kereta bilik sana” abang tue terus menerjah dengan kata-kata beliau tue sampai satu bilik diam dan pandang dekat aku yang terpinga-pinga seakan –akan  Nobita yang kena marah dengan mama nya.

 “Owh..ermm bilik sebelah ke..apa lah pak cik tue bagitau suruh masuk bilik nie..”aisey sempat juga buat ayat meng-coverkan keadaan ..Fuhh..!

Tapi time nak keluar bilik tue bola-bola mata manusia dalam bilik itu hanya memandang kearah aku ,ada yang macam nak gelak,ada yang macam tengah kutuk aku.Disebabkan aku pernah masuk PRS dan ada jawatan lagi dalam tue,so aku pun mem’positif’ kan apa yang aku rasa tue.

Dalam hati aku “mungkin yang tengok aku tue sebab nak minta phone aku kot,yang gelak pulak mungkin dier teringat lawak dalam citer shin chan  dan yang macam kutuk aku pulak dier mungkin sembang pasal nenek dier kot..kan dah positive thinking tue..”

Abaikan mereka ,dan aku pon terus kan perjalanan ke bilik sebelah yang sepatut nya aku masuk,kali nie tak lah ramai sangat ,maybe aku nie budak last kot..lantak lah..masuk ja..

“Adik ,mai lambat ka ? dik yang last tau..” kata akak badan montok kening shave tue  dekat aku.
“Ha?(buat-buat terkejut..)..yeke ingat awal lagi..sori lah kak..”kata aku sambil serah kan i.c .
Dah selesai pun daftar ,aku keluar tunggu kat depan,memang ramai sangat lah orang ,lagi ramai dari time aku datang tadi.

“Kepada siapa yang mau amik test moto sila ke kelusi depan sekalang..bawak sulat  legister(register)” announcement di buat oleh seorang pekerja cina .

Aku sorang je la harinie takda member..hmm diorang sume dah ada lesen ..aku je belom keluh aku sorang diri ,masa itu ‘judge-judge’ telah bersedia di checkpoint masing-masing menanti kami untuk dihakimi.Tiba-tiba teringat pula dekat pesan cikgu sekolah memandu tu kat aku.

Masa tue aku dalam kereta dengan dia(cikgu memandu) tengah test bawak dekat bahagian bukit(part yang kena berhenti dekat line kuning tue…) dia kata camnie kat aku “You ar..saya tidak boleh tolong  sama kamu,you mau tolong  dili sendili saja..you mau ikut steps saya kasi jangan bikin ikot you punya suka hati..”lebih kurang cam gitu lah dier cakap kat aku.Sebab masa tue aku agak mengelabah bawak dekat bukit tue,peluh nie mencurah-curah macam disembah je.Aku rilek dengar je lah ,aku asyik hentam je waktu bawak kereta ,lagi-lagi asyik silap je.

Cikgu aku akan ingat pesan mu..arhhhhhghhhh!!! jerit aku( dalam hati je pon).

Announcement untuk mulakan ujian telah diberi oleh pegawai bertugas,debaran ,tamparan,kegusaran,keguguran …semua adelah..xpe aku ok..jangan risau.

“Ramasamy a/l Muthu!”..panggil pekerja India kat situ..

“Ramasamy a/l Muthu!.. Ramasamy a/l Muthu!..mana ini orang? Takda ka?... Ramasamy a/l Muthu!” berkali-kali dipanggil tapi ke mana watak Ramasamy a/l Muthu ini?..Semua dah terkebil-kebil mencari kelibat si Ramasamy a/l Muthu(walaupun tak kenal pon sape dia..).

Pekerja india tue dah mula berang sebab Ramasamy a/l Muthu nie tak muncul-muncul,tapi sejurus itu,seorang lelaki berkemeja-T berkaler biru berseluar khaki berlari anak kearah pekerja india yang kelihatan sungguh marah yang agak drastic itu.Rupa nya itulah Ramasamy a/l Muthu yang menjadi tanda tanya kemanakah kehilangan beliau.

“Sori ..saya tengah makan dekat kantin,tarak dengar..Sori..”rayu Ramasamy a/l Muthu sambil meminta segelumit kemaafan dari hati sanubari pekerja india yang marah itu.

“Ayo..you ingat ini tempat you punya sepupu punya ka? You bikin lambat saja..ini test mau  start dalam berapa seken(second) saja..nah amik ini duduk sana pondok..”kutuk pekerja india itu sambil hulur kan kertas untuk ujian.

Kesian kat Ramasamy a/l Muthu nie ,tak pasal-pasal kena marah ,ish..dengan datang nya Ramasamy a/l Muthu maka mula lah sesi pertama ujian di bahagian  dalam sekali gus juga mula untuk bahagian jalan raya.

Muka cuak,control macho,dapat dilihat oleh mereka yang berada dalam pondok untuk memulakan ujian pertama.Kereta kancil sudah pun tersusun rapi dekat bahagian bukit iaitu bahagian pertama dalam ujian .Maka mula lah ujian,semua mata tertumpu pada ujian dan disitu mula lah cakap-cakap tentang bahagian nie susahlah,bahagian tu susah lah.Aku yang dengar nie dah semacam.

Kesian ramai yang mula di bahagian bukit ,gagal .Ada yang dah naik tapi silap teknik terundur kebelakang.Kalau dah gagal kena lah keluar dari kereta sambil diperhatikan orang yang belum buat test.

“Eh dik ,belum test lagi ke?”…sapa nie?..jiran aku ke ?..


Mesti bersambung lagi......

Tweet kan nya !

No comments:

Post a Comment